Monday, October 11, 2010

Taici Bersama Hj. Md Hasim


TAICHI QIGONG BERSAMA HJ. MD. HASIM (Pengamal Taichi)
SENAMAN UNTUK KESIHATAN & KESEJAHTERAAN SEMUA!
Praktikal, Mudah & Selamat!

Taichi Qigong (berasal dari seni mempertahankan diri) adalah seni senaman (riadah) untuk penjagaan kesihatan melalui pergerakan lembut, perlahan & sopan. Ia merupakan disiplin (amalan) yang menyatukan minda, tubuh & roh  dikenali juga ‘meditasi dalam pergerakan’. Ia mampu menambah tenaga kehidupan (chi) atau peredaran aliran tenaga dalaman dalam tubuh (meridian) dan mampu memperbaiki kesihatan serta membantu penyembuhan penyakit.


Senaman Taichi selamat & sesuai diamalkan untuk semua peringkat usia tua, muda, kanak2, lelaki, wanita, sakit & sihat.

Pengamal menggunakan meditasi dan pernafasan dalam pergerakan yang menggambarkan alam semulajadi seperti ‘burung membuka sayap’ & genggaman ekor burung’. Taichi dipercayai berkesan seperti meditasi untuk meningkatkan kekuatan, menggalakkan ketenangan dan harmoni, mengurangkan kebimbangan dengan meningkatkan aliran chi seluruh tubuh. Taichi dapatkan menafaatkan seluruh tubuh, meningkatkan kekuatan otot & menguatkan keseimbangan dan keanjalan.

Golongan dewasa yang mengamalkan Taichi mungkin mengurangkan kebimbangan dan kemurungan, kualiti tidur yang lebih baik (seperti tidur lebih panjang pada waktu malam walaupun hanya tidur waktu yang pendek dan merasa lebih sihat pada siang hari), memperlahankan kemerosotan tulang pada wanita (tanda menopaus), mengurangkan tekanan darah tinggi, memperbaiki kesihatan kardiovaskular (jantung), melegakan kesakitan kronik, dan memperbaiki fungsi fizikal tubuh badan setiap hari. Penyelidikan menunjukkan ia memberi manafaat bagi asma, arthritis, kanser, kardiovaskular, kelitihan kronik, sakit kepala dan pelbagai penyakit biasa.

Hasil Kajian
Membantu Pernafasan
Meningkatkan kemampuan pernafasan, merperbaiki pertukaran gas, manafaat pada asma dan bronchitis. (Rasa lebih banyak tenaga dalam kerja harian)

Kardiovaskular & Peredaran Darah
Ia mengurangkan sistolik dan diastolik tekanan darah, merendahkan kadar jantung berehat, menormalkan ECG (electrocardiogram-ujian mengukur aktiviti eletrik jantung), tekanan darah dan kolestrol. Memperbaiki peredaran mikro, mencegah kekejangan otot vascular (pembuluh), peredaran darah dengan membolehkan jantung mengepam lebih banyak darah. Amat membantu

Sifu Taici Md Hasim